Tahun 2015 ni bukan la tahun yang baik untuk orang yang minat kasut kulit macam kita ni. Ni bukan tahun 2005. Ni juga bukan tahun 1995. Kiwi pun mahal sekarang ni. Minat kita ni bukanlah mahal sangat. Ada lagi mahal, tapi untuk kasut yang akan dihenyak dan tak akan dibawa ke kubur, bagi aku dah mahal dah. Kalau tanya bini aku, dia cakap duit tu baik beli peti ais baru. Tak pun jual kasut-kasut tu boleh buat modal pergi bercuti. Minat orang ni lain-lain. Dah minat aku ke situ. Nak buat macam mana.
Untuk boot Vintage 8 eye ni, dubbin wax ni yang paling sesuai. Terutamanya kalau boot tu color red cherry atau oxblood memang dubbin wax ni diutamakan untuk melembutkan kulit dan penjagaan warna. Vintage 8 eye ni memang agak keras kulit Quillon dia. Jangka hayat kulit dia pun agak lama. Jadi tak perlu terlalu kerap wax kalau tak gunakan secara lasak.
Ni nak kongsi sikit. Kalau yang minat nak ber'DM' tu, jagalah kasut anda. Nak beli baru tu bukan senang. Aku bukanlah pakar dalam penjagaan kulit boot Dr Martens ni, tapi ni ikut pengalaman dan nasihat orang-orang lama.
Untuk boot Vintage 8 eye ni, dubbin wax ni yang paling sesuai. Terutamanya kalau boot tu color red cherry atau oxblood memang dubbin wax ni diutamakan untuk melembutkan kulit dan penjagaan warna. Vintage 8 eye ni memang agak keras kulit Quillon dia. Jangka hayat kulit dia pun agak lama. Jadi tak perlu terlalu kerap wax kalau tak gunakan secara lasak.
Wonder balsam. Wax ni paling banyak dicari penggemar Dr Martens. Sebab utama adalah dia sesuai untuk semua kulit kecuali jenis Suede. Apa pun warna boot anda, anda boleh gunakan wonder balsam ni untuk mengembalikan 'keremajaan' kulitnya. Aku gunakan wax ni untuk Astronaut dan Solovair 8 eye. Solovair ni dia haircell leather tapi patern color. Warna dia agak berkilat berbanding boot Solovair biasa. Bila dikenakan dengan wax ni memang boleh buat cermin. Warna dia agak berlainan dengan boot hijau Solovair yang lain membuatkan aku tak pakai wax asli Solovair. Astronaut pula soft leather. Memang wonder balsam la jawapannya. Selang selikan dengan wax hitam. Insyaa Allah, tahan lama kulitnya.
Okay. Yang ni agak tricky sikit. Pertama, kasut ni dah agak lama. Bukan NOS, tapi kes dah dihenyak oleh pemilik asal. Bayangkan bila pengeluaran kasut ni kali terakhir, dah berapa lama berkhidmat. Kedua, tak ada wax original dari Hawkins dah. Navy Blue Dr Martens pun warnanya berbeza sedikit. Tak banyak. Untuk kekalkan warna asal memang susah. Nak baiki kulit dia pun dah macam mustahil sebab nak cari wax navy blue yang warna sama macam asal agak susah. Aku dah jumpa sebenarnya. Wax jenama Sapphire. Buatan Perancis. Cuma tak berani nak gunakan lagi, walaupun aku dah tengok dan yakin wax tu warnanya paling hampir. Pemilik sebelum aku yang mula jaga elok-elok. Dia lah yang nasihatkan aku untuk pakai wax Woly Dubbin ni. Dia dah buat kajian sendiri dan nasihat dari orang lain juga Woly Dubbin ni paling sesuai untuk soft leather Hawkins. Aku ikut je sebab tak berani nak buat experiment lagi. Mungkin satu hari aku gunakan wax navy blue tu bila keadaan dah teruk.
Walaupun boot dan kasut kulit ni tahan lama, tapi tanpa penjagaan rapi dia boleh jadi kering. Bila kulit dia dah mula kering, memang dah susah nak baiki. Beli boot baru la jawab nya. Contohnya boot Hawkins tu la. Memang kulit dia dah rosak. Mungkin sebab terlalu lama terbiar sebelum ni.
Beli boot jangan simpan. Pakai selalu. Kalau boot pun tak kenal kaki tuan, simpan banyak-banyak pun tak guna.
Sekian.
.......
mati-mati ingatkan nak cerita penjagaan kulit muka hahah.
ReplyDeleteKalau nak cerah, makan buah kiwi. Kiwikiwikbye
ReplyDeletekalau nak sakit makan kulit durian
Deletesalam
ReplyDeletenak tanya kalau dr martens 8053/59, macam mana nak treat ek?
Guna mink oil
DeleteBoleh tanya tidak semua
ReplyDelete