Fred Perry & Lyle and Scott



Kalau lah ada satu impian apa aku nak buat pada masa depan, aku nak buka satu butik pakaian yang jual dua jenama ni sahaja! Tak ada jenama lain. Hari-hari aku pakai FP dengan LS.

British youth subculture telah mempengaruhi aku dalam aspek kehidupan. Muzik, gaya hidup dan pemakaian. Sebab baca banyak sangat masa sekolah dulu buat aku minat apa sahaja yang berkenaan. Paling terkesan adalah pemakaian. Apa yang aku pakai kebanyakannya terkesan dari minat aku terhadap gaya hidup diorang.

FRED PERRY

Skinheads dan Mods ni jadi generasi pertama  yang popularkan FP ni. Dari mula jenama ni keluar diorang yang mula-mula mempopularkan jenama ni. Secara sejarahnya, Fred Perry ni digunakan menggantikan baju-baju rekaan Italy sebab menyerap peluh masa menari. Mods ni hidup dia skuter dan muzik. Bila muzik mereka semakin up beat, baju keluaran FP ni paling sesuai waktu tu.

Bagi aku yang dulunya memang tegar skinhead dan ikut kawan-kawan skuteris ni memang tak lari dari gilakan jenama ni. Masalah aku bila banyak sangat baju tiruan FP ni, dulu pun banyak, tapi tak macam sekarang. Semua orang pakai. Tak salah pakai, tapi orang sekarang dah tak tahu nilai dan kepuasan sebenar pakai FP. 

Walaupun banyak design FP baru yang keluar, pilihan utama aku tetap dengan Fred Perry twin tipped polo shirt yang asli.



LYLE AND SCOTT

Kalau ada Made in England mesti ada Made in Scotland. Football Casual adalah satu lagi subculture yang penting dalam aspek membuang masa kebanyakan muda-mudi di kepulauan Britain. Budaya ni lah yang tengah naik kat Malaysia sekarang ni. Sebenarnya dah lama ada, cuma kebanyakkan firm dapat kumpul lebih ramai pengikut 5 tahun kebelakangan ni. Sejarahnya, pengikut-pengikut firm yang juga terdiri daripada skinheads mengaplikasikan baju-baju berjenama supaya tak dicam oleh polis semasa masuk ke stadium. Senang nak bertempur. Banyak jenama lain yang dipakai antaranya Aquascutum, Stone Island , Ellesse dan Sergio Tacchini.

Lyle and Scott antara jenama yang terlibat dalam sisi gelap bola sepak dan menjadi pilihan aku. Bukan tak pakai yang lain tu, pakai, cuma aku lebih minat yang asal dari England dan Scotland. Negara yang jadi pilihan aku bila World Cup dan Euro. Cuma Scotland ni payah masuk je. Pusingan kelayakan aku sokong la. Kalau Malaysia masuk mesti la aku sokong Malaysia. Mana la tahu tahun 2056 ke. Kalau tak kiamat lagi. Liga bola sepak yang aku ikut pun liga dari dua negara ni. Jadi mestilah aku suka barang-barang syarikat diorang.

Walaupun Casual pada asalnya lebih pakai jenama ni untuk sweater dan cardigan, cuaca kat Malaysia ni tak membenarkan aku pakai setiap masa. Pilihan yang sinonim dengan aku adalah plain polo shirt dengan logo LS. Jangan tersilap logo ni dengan American Eagle. Diorang dah dapat hak pengeluaran logo ni dengan warna emas. American Eagle tak boleh keluarkan logo warna emas.



Sekadar minat. Tak ada apa yang istimewa. Bagi yang tak faham, jenama tak beri kesan kat mereka. Kalau tanya aku sendiri pun aku tak akan cakap jenama tu penting untuk pemakaian. Bagi aku baju pagoda pun aku pakai. Bagi yang minat diorang akan faham. Makna setiap apa yang kita pakai.

Salam....

Comments