2002. Aku mula tahu apa itu Skinhead. Dari Skinhead aku kenal boot 8 lubang. Aku minat, tapi masa tu tak mampu nak beli. Apa yang aku ada masa tu kasut Dr Martens Gibson 4 lubang. Jadi lah. Yang penting Skinhead. Satu hari aku tukar pakai dengan boot 8 lubang kawan aku untuk pergi gig.
Rupanya yang dia tukar pakai tu kasut orang. Kasut tuan dia aku dah pulang, kasut aku sampai sekarang tak dapat balik.
Dalam tahun 2005 aku beli 1 boot. Sebiji macam warna biru kat atas tu. Jenama Hawkins, dan sangat lusuh. Pakai 10 kali je aku rasa tapak dia dah tercabut. Nak dijadikan cerita tu lah boot pertama aku. Selain boot tu, ada boot yang aku selalu pinjam kawan aku untuk pergi Mayday atau gig. Red cherry 10 lubang steel toe. Dulu boot Dr Martens ni takda la mahal sangat tapi masa aku sekolah, aku tak ada duit dan tak mampu nak pakai.
Minat mengatasi waktu. Bila aku dah kerja, aku kumpul duit. Merasa la nak pakai. Sebab minat tu terbuku dah dalam hati. Akhirnya, 4 pasang boot ni menjadi milik aku.
Dr Martens Vintage Oxblood 8 eyelet
Disebabkan Dr Martens sekarang kebanyakkannya memberi lesen kepada kilang di China dan Vietnam untuk keluarkan boot dia, nak beli yang Made in England ni memang kena kumpul duit. Bila dah beli, simpan untuk hantaran. Sebab nak beli susah der. Kena lah gunakan sebaiknya. 7 bulan beli terletak je kasut ni dalam kotak. Akhirnya aku pakai untuk hantaran dan masa hari sanding aku.
Solovair X Y's for Men Green 8 eyelet
Kerjasama antara Yohji Yamamoto dengan Solovair. Boot yang paling kerap aku pakai. Sebab selesa. Dia agak besar untuk size 9uk. Kulit dia pun agak susah untuk tinggalkan kesan walaupun kita pakai agak kasar. Benang jahitan kat luar tu warna oren kemerahan. Lain dari yang biasa Solovair keluarkan.
Hawkins Navy Blue 8 eyelet
Boot ni aku beli balik selepas hampir 10 tahun kehilangan dia. Ingat aku cakap boot pertama aku tu? Sebiji macam ni. Cuma yang ni nampak lebih cantik walaupun dah lama pemilik asal pakai. Orang putih cakap ada sentimental value bagi aku la kononnya. Boot aku dulu cop Hawkins kat tepi tu tak nampak dah. Yang ni kira cantik sangat dah untuk aku kenang-kenang zaman dulu. Jahitan benang putih dekat luar tu lagi buat aku suka. Kira lain dari yang lain la. Dulu aku punya benang kuning.
Dr Martens X Hawkins Astronaut Black 8 eyelet
Seperti yang kita tahu, sebelum Dr Martens tutup kilang-kilang dekat UK dan pindah semua pengeluaran ke negara Asia, banyak kilang-kilang kasut dekat UK yang dapat lesen untuk buat kasut Dr Martens. Syarikat-syarikat seperti NPS, Hawkins, Tredair dah cukup sinonim dengan boot Dr Martens. Dalam banyak-banyak kolaborasi, boot ni paling terkenal. Tak ada tag, tak ada jahitan benang di luar. Bila jalan macam jalan dekat bulan. Angkasawan katanya. Design dia pun lain dari boot Dr Martens yang biasa. Maka lengkaplah koleksi aku.
Ada lagi beberapa jenis boot dan kasut Dr Marten dan seangkatan dengannya yang aku minat, tapi aku jenis dah dapat yang aku nak, aku tau hadnya. Aku pakai la 4 boot ni sampai tua (dengan izin Allah dipanjangkan umur).
Abang baru kahwin dik. Beli boot lagi, bini abang pelangkung dengan parang panjang nanti. Till then.... Salam.
.......
Just letting u know that Amin Stompin' Footwear datang menyinggah. Support!
ReplyDeleteThanks boss
ReplyDeletekoleksi terbaik..bro boleh bagi contact..nak mendalami ilmu dr martens..saya pun baru mula.baru ade 4 je
ReplyDelete